video pelakon popular hina pakaian muslimah dalam satu program hiburan Astro iaitu Oh Yeah. Memang la program lawak, tapi lawak jangan la sampai tak bertempat. Siap boleh hina Islam pulak tu.
Mungkin silap kebanyakkan kaum muslimah di Malaysia sendiri sehingga membenarkan perkara ni boleh berlaku. Yelah, fesyen depa pun ntah apa-apa, camna nak dapat hormat dari orang yang tak paham Islam?
Anyway, siapa pelakon popular yang menghina pakaian muslimah dalam Oh Yeah Astro tu? Korang boleh tahu dalam perincian berita di bawah ini. Semoga yang berbuat hina kepada wanita muslimah ini dibukakan hati dan diberi hidayah oleh Allah SWT. P/S: Wanita Islam menutup aurat kerana takutkan Allah, bukan sebab ikut-ikutan. Kalau ikut-ikutan ni lah jadinya pakai tudung tapi dedah sana, dedah sini. Kena pulang semula ke pangkal jalan. Semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua. Amin.
Kalian harus tonton video ini kerana di dalamnya terkandung satu penghinaan besar buat wanita yang sentiasa mengenakan busana muslimah. Apa yang aku rasakan kini ialah, insititusi perfileman di negara kita telah menemu kebuntuan kerana mereka ketandusan idea dalam menyediakan rancangan yang bermanfaat kepada rakyat di negara ini, dan bukti terbesarnya apabila pakaian muslimah yang dihina-hina dalam rancangan terkenal Oh Yeah keluaran Astro.
Ini juga merupakan impak kepada cerita lawak yang semakin berleluasa sehingga isu yang serius boleh dijadikan bahan lawak dan bagi mereka yang sensitif pasti akan tersentak berbanding mereka yang kurang berakal, pasti akan tergelak bersama.
Sesungguhnya, aku teramatlah hairan, hari ini, pemakaian purdah atau niqab dijadikan trend semata-mata di dalam perkahwinan dan majlis-majlis tertentu sedangkan wanita muslim adalah digalakkan untuk memakai purdah atau niqab jika mampu untuk mengikut cara pemakaian isteri-isteri Rasulullah S.A.W dan mereka perlulah istiqamah dalam memakainya. Ini tidak, disebabkan perkahwinan bertemakan ‘arab’ atau untuk dipandang cantik, barulah nak mengenakan purdah atau niqab. Lebih malang lagi apabila ia dijadikan bahan senda gurau oleh wanita muslim sendiri. Wallahua’lam. – Cetus Hati
Posting Komentar