TERNYATA kesihatan anak penyanyi Ahmad Dhani dan Maia Estianty semakin serius dan membimbangkan.
Ahmad Abdul Qodir Jaelani atau Dul, 13, dijangka berdepan dengan pembedahan buat kali kelima selepas beberapa siri pembedahan sebelum ini yang akibat kecederaan dalaman.
Terbaru, Dhani menerima sokongan daripada polis Jakarta agar membawa Dul ke Singapura bagi menerima rawatan pakar di sana.
Ini kerana, untuk mendapat rawatan di sana, ibu-bapanya perlu mengemukakan surat cadangan dan permohonan kepada polis.
Pastinya bantuan kemanusiaan daripada pihak polis itu dapat mempermudahkan lagi urusan rawatan Dul dan diharap agar anak muda ini dapat pulih daripada kecederaannya dengan sempurna.
Oleh: ELZA
Posting Komentar