PAS Terjemah God kepada Allah bawa kekeliruan



Malaysiakini Jan 14 2013
Majlis Syura Ulama PAS memutuskan untuk mencegah penggunaan kalimah Allah sebagai terjemahan kepada perkataan God atau Lord dari kitab agama bukan Islam.
Satu kenyataan PAS menyebut, perkara itu diputuskan dalam satu mesyuarat majlis berkenaan yang dipengerusikan mursyidul amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada malam tadi.

"...Menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ianya salah dari segi makna dan salahguna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.

"Oleh kerana itu ia hendaklah dicegah," kenyataan itu dipetik.

Ia seterusnya memberi alasan berikut:

"Allah adalah kalimah suci yang merujuk kepada Tuhan yang diimani umat Islam, iaitu Allah Yang Esa, Tunggal, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

"Kalimah Allah adalah alami (universal) kerana Allah Tuhan sekalian alam. Siapa pun boleh menyebut kalimah Allah sepertimana orang Arab Jahiliah yang tidak Islam menyebut Allah lah yang menjadikan alam ini.

"Kalimah Allah adalah kalimah khusus yang Allah menamakan dirin-Nya Allah. Kalimah itu tidak boleh diterjemah ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar dari kalimah ini.

"Demikian juga, tidak boleh kalimah asing hendak diterjemah kepada kalimah Allah."

Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kang odis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger