Linda Hashim Amal Buah Buahan dan Air Zam Zam


SUDAH menjadi lumrah bagi seorang wanita mengandung mengalami alahan atau perubahan dari segi selera makan.

Bagi pelakon, Linda Hashim yang kini mengandung hampir tiga bulan tinjauan perkahwinannya dengan Beego, kehamilan sedikit-sebanyak menjejaskan selera makannya.

Memetik laporan Gua, biarpun beliau kehilangan selera makan, namun pengambilan buah-buahan seperti pisang, epal dan pir mula menjadi amalannya hampir setiap hari.

Linda turut mengamalkan pengambilan air Zam Zam dan kismis yang banyak memberinya tenaga bagi melaksanakan kerja-kerja harian.

“Saya pernah terlantar selama tiga hari dan langsung tidak mempunyai kudrat untuk bercakap serta bangun. Alhamdulillah ada seorang kawan yang datang ke rumah dan mencadangkan agar saya mengamalkan minum air Zam Zam, kurma dan kismis,” kata Linda.

Tempias alahan pelakon ini turut dikongsi Beego yang sering merasa tidak sedap perut ketika berada di set penggambaran sebelum isterinya disahkan hamil.

“Saya tak boleh makan banyak kerana merasakan tidak sedap perut dan kadang kala apabila merokok, saya rasa tidak badan walaupun hanya dengan sekali sedutan. Mungkin ada yang kata klise, tapi itu yang saya alami sebelum mengetahui Linda mengandung,” ujar Beego.

Pasangan yang dinikahkan pada 7 Jun lalu mengakui yang mereka cukup bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan Allah S.W.T, namun tidak mahu terlalu merancang dan menyerahkan segala urusan kepada-Nya.

Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kang odis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger