JPJ Uji Sistem mySIKAP Di Melaka Perlis


KUALA LUMPUR – Keputusan sama ada sistem pengkomputeran mySIKAP akan digunakan sepenuhnya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bergantung kepada tinjauan pelaksanaan sistem itu di JPJ Melaka dan Perlis.

Ketua Pengarahnya, Datuk Ismail Ahmad berkata, JPJ akan mengadakan `pilot’ penutupan sistem komputer SIKAP ke Penggunaan Sistem mySIKAP di JPJ Melaka dan JPJ Perlis bermula 21 Oktober ini.

“Penggunaan sistem mySIKAP secara menyeluruh di seluruh negara akan dijalankan sekiranya pilot penggunaan sistem mySIKAP di kedua-dua pejabat JPJ negeri itu berjaya dan tidak menimbulkan sebarang masalah.

“Sistem mySIKAP merupakan transformasi sistem sokongan utama JPJ iaitu SIKAP yang telah beroperasi sejak tahun 1992 dalam merealisasikan sistem penyampaian perkhidmatan JPJ secara dalam talian khususnya bagi perkhidmatan teras JPJ” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail berkata, pembangunan sistem mySIKAP bermula sejak tahun 2010 selepas kajian menyeluruh dan terperinci mengenai transformasi yang perlu diperkenalkan JPJ dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan.

Menurutnya, MySIKAP merangkumi peningkatan sistem keselamatan, naik taraf rangkaian, pangkalan data yang berpusat dan peralatan di cawangan JPJ serta pembangunan semula aplikasi dalam talian agensi tersebut.

Aplikasi itu termasuk Pengurusan Penguatkuasaan, Pelesenan Kenderaan, Pelesenan Pemandu, Kejuruteraan Automotif dan Hasil.

Sistem itu turut menyaksikan pembangunan aplikasi sokongan bagi kegunaan dalaman ke arah peningkatan produktiviti warga JPJ dan perkongsian maklumat dengan agensi luar serta rakan niaga.

“Pelaksanaan mySIKAP membolehkan penyampaian perkhidmatan JPJ dilaksanakan pada kadar masa nyata (real time) melalui usaha menaik taraf infastruktur teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) yang lebih stabil dan selamat,” katanya.

Share this article :

Posting Komentar

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kang odis - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger